♥''Takkan Habis Ku Berdoa Jadi Kekasih Halalnya''♥
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
♥''Takkan Habis Ku Berdoa Jadi Kekasih Halalnya''♥
Sebelum Engkau Halal Bagiku
Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza
ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUU
Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha
Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk
kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma
Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina
Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.
Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir
sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam
ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang
yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin
Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi
Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid
radliallahu'anhumღAamiin ya Rabbal'alamin.
Kenapa Si "Baju Putih" sebagai simbolik "Kekasih Halalku"??
Kerana...3 tahun lalu,telah ditakdirkan ana bertemu dgn seorang lelaki
disebabkan suatu peristiwa.Lelaki itu adalah kenalan kepada dua orang
teman rapat ana.Lelaki itu juga sebaya kami.Lelaki itu merupakan lelaki
pertama yg telah menolong & menghantar ana pulang ke rumah.Sebelum
ini,belum pernah ada seorang lelaki pun yg pernah hantar ana pulang
& pernah sesekalipun ana numpang mana-mana lelaki dikenali utk
pulang ke rumah.Tetapi pada malam itu,ada sebab yg dapat dielakkan yg
menyebabkan ana terpaksa menumpang keretanya.Tetapi bukan kami berdua
saja,dua teman rapat ana itu & seorang adik ana turut ada
bersama.Lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki yg layak bergelar 'kekasih
halal'. Merupakan seorang tahfiz Al-Quran,lahir daripada keluarga yg
alim & warak.Sekilas pandang,perwatakannya seperti lelaki-laki biasa
yg lain.Pertuturan & pembawakan karakternya juga seperti
lelaki-laki lain.Cuma,ada sesuatu pada dirinya yg membuatkan dia
kelihatan berbeza.Pertama kali melihat wajahnya sewaktu ana melangkah
kaki naik ke dalam kereta,terasa sejuk mata memandang.Terasa ada air
dingin yg mengalir rasa di dalam hati,terasa ada angin lembut yg
menyapa..Dan waktu itu dia memakai jubah berwarna putih karna baru
pulang dari masjid.Disebalik baju putih yg tampak suci & bersih
itu,terserlah nur keimanan pada paras wajahnya yg indah.Personaliti dan
tutur katanya sungguh menyenangkan sesiapa saja yg baru pertama kali
mengenalinya.
Dia juga pandai berjenaka dan sesekali
kata-katanya membuatkan ana tersenyum dalam diam.Pada malam itu,dia
menghantar ana betul-betul di hadapan pintu rumah & kata-katanya
"anak dara orang kena hantar betul-betul depan rumah" sehingga kini
masih tersemat kukuh di hati ana.Sebaik saja turun dari kereta,ana
mengucapkan terima kasih kepadanya.Dia memandang sekilas ke arah ana
lantas tersenyum mengangguk.Dan sekali lagi terasa ada air dingin yg
mengalir di hati sepertimana pertama kali ana melihatnya sewaktu
melangkah kaki ke dalam kereta.
Namun,pantas ana usir rasa yg
bertandang itu. Dan...peristiwa malam itu hanya berakhir di situ.Telah 3
tahun berlalu,kami tidak pernah bertemu lagi selepas itu.Dan ana pun
tidak pernah bertanya atau membicarakn soal lelaki itu dgn teman rapat
ana itu. Namun,peristiwa itu sehingga kini masih ana ingat.Kata-katanya
juga masih segar diingatan.Cuma satu yg terluput dari bayangan mata dan
ingatan ana iaitu wajah lelaki itu.Kebiasannya ana jenis yg cepat &
sang mengingati wajah orang-orang yg baru ana temui walaupun dalam masa
yg sekejap tetapi entah kenapa wajah lelaki itu tidak mampu ana ingati
walau seinci. Langsung tiada bayangan riak wajahnya di dalam ingatan
& fikiran ana.Andai kata kami ditakdirkan bertemu lagi,nescaya ana
tidak mungkin dapat mengenali wajahnya tapi ana yakin pasti ada
something padanya yg akan membuatkan ana tahu itu adalah dia...
Alhamdulillah sehingga kini ana masih sedar akan tanggung jawab ana dan
masih berpegang teguh pada prinsip hidup ana.Seperti yg pernah ana
katakan,buat masa ini cinta ana hanya pada tanggung jawab ana sebagai
hamba-Nya,tanggung jawab sebagai anak & pelajar.Dan apabila tiba
masanya..cinta & hati ana akan ana sandarkan satu-satunya utk lelaki
pilihan ALLAH buat ana.ana tidak akan memberi cinta & hati ana
kepada mana-mana lelaki selain hanya utk dirinya.
Semoga ALLAH terus teguhkan hati & prinsip ana..InsyaAllah...
Jadi sekarang,apakah kaitannya lelaki itu yakni si 'baju putih' dgn
title 'kekasih halal' ana..?? Apakah dia yg ana maksudkan? Apakah dia yg
berjaya mencuri hati ana..? Berjaya mencuit rasa cinta ana..??
Oh..sesungguhnya ana tidak layak utk itu apalah lagi hanya sekadar
membayangkannya.ana tidak layak utknya.ana sadar siapa diri ini,coba
menelusuri segenap hati utk mencari kembali dan menilai diri dgn cermin
keikhlasan diri.Layakkah ana mengharapkan sesuatu yg indah..? Sesuatu yg
ana harapkan dari seorang insan yg telah ditakdirkan utk ana di Lauhul
Mahfuz lagi..? Sedangkan ana bukanlah secantik Balqis utk mencari lelaki
sehebat Sulaiman,bukan setulus Zulaikha utk mengharap teman setampan
Yusuf dan bukan juga sehebat Khadijah utk mendambakan teman hidup
sesempurna Rasulullah S.A.W...ana hanya sekadar seorang gadis yg
inginkan bimbingan,yg mendambakan perlindungan seorang suami dalam
melayari liku kehidupan demi mencari satu keredha'an.
Mungkin
ana hanya sekadar mengagumi ciri-ciri yg dimiliki oleh lelaki si baju
itu...& mungkin juga dirinya hanya sekadar simbolik utk ana
gambarkan ciri-ciri lelaki yg ana impikan. Seperti yg pernah ana
katakan,andainya ana menyintai seseorang & dia sememangnya
diciptakan utk ana,ana serahkan dia dalam penjaga'an ALLAH.Moga ALLAH
jua yg mempermudahkan jodoh pertemuan kami nanti.Pabila ana menilai diri
dgn cermin keikhlasan,ana sedar siapa ana. Hanya gadis biasa yg serba
kekurangan,yg masih memerlukan bimbingan utk memperlengkapkan diri
sebagai muslimah sholehah.ana tahu,tiada sesiapa pun di dunia ini yg
tidak mahu pasangannya seorang yg soleh/soleha.Tapi adakah cukup layak
kita utk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dgn
pasangan impian kita berbekalkan apa yg kita ada sekarang? Utk membina
sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yg difikirkan.Oleh
itu,perlengkapkanlah diri dgn segala ilmu sebagai seorang hamba-Nya yg
sholeh & sholehah.
Sesungguhnya,"Sukar utk mencari soleh
dirimu andai solehahku tidak setanding dgn ke'sholeh'anmu.Janji Allah
pastiku pegang dalam misi mencari dirimu..Lelaki yg baik adalah utk
wanita yg baik dan wanita yg baik utk lelaki yg baik.."
Siapapun lelaki yg namanya tertulis di Lauhul Mahfuz utk ana...ana
serahkan pada takdir.. "takkan habis ku berdoa jadi kekasih
halalnya".Sesungguhnya,Allah
Azza Wa Jalla saja sebaik-baik perancang.Yg akan terjadi,andai tak sama
dgn kehendak hati...ana redha...kerana itulah ketetapan sejak azali...
Sekarang ini,yg harus ana dahulukan ialah melaksanakan tanggung jawab
ana yg lebih penting serta berusaha utk perlengkapkan diri dgn segala
ilmu utk menjadi hamba-Nya yg sholehah...
Hak cipta adalah milik ALLAH AZZA WA JALLA semata.Ilmu adalah amanat
Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg
kami miliki...
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan
cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut
menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan
mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar